Rakyat Mula Leka, Kadar Pematuhan SOP Di Sabah Menurun

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sabah semakin menurun dan ini menggambarkan masyarakat semakin leka untuk mematuhi SOP ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku jurucakap Covid-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jika dilihat kadar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu menurun kepada 95 peratus.

Sebelum perayaan Krismas, kadar pematuhan di Kota Kinabalu antara yang terbaik iaitu pada tahap 99 peratus.

Hari ini, kadar pematuhan yang tertinggi hanya 96 peratus. Tiada satu pun daerah di Sabah yang mencatatkan kadar pematuhan 99 peratus seperti sebelum perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Impak penurunan kadar pematuhan ini dapat dilihat secara jelas melalui peningkatan kes Covid-19 di negeri ini yang melebihi 400 kes sejak tiga hari lalu.

Bilangan kumulatif kes positif Covid-19 di Sabah ketika ini adalah 39,854 kes dengan sejumlah 282 kes kematian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *