Covid-19: Tiada Lagi Zon Hijau Di Sabah

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu dikesan di Sabah iaitu kluster Kg Pitas, Tawau yang kini mencatatkan 72 kes positif Covid-19.

Manakala, sebanyak 65 kes baharu dilaporkan bagi kluster ini yang mana, dikesan melalui saringan tempat kerja di sebuah kilang kayu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, untuk hari ini, kes positif baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 405 kes dengan dua kematian serta satu kluster baharu.

Dua kes kematian itu masing-masing satu kes kematian di Kudat dan Putatan.

Dengan satu kes baharu dilaporkan di Nabawan hari ini, tiada lagi zon hijau di negeri ini. Nabawan kini berada dalam zon kuning.

Beliau berkata, daripada 405 kes baharu hari ini, Tawau mencatatkan kes tertinggi dengan 97 kes, diikuti Kota Kinabalu (67), Kudat (39), Lahad Datu (35), Penampang (24), Sandakan (21), Tambunan (19), Kinabatangan (17), Keningau (16), Putatan (9), Kunak (8), Kota Belud (7), Tenom (7), Kalabakan (6), Beaufort (6), Papar (5), Pitas (5), Tuaran (4), Beluran (4), Semporna (3), Kota Marudu (2), Ranau (2) dan satu kes di Sipitang dan Nabawan.

Masidi berkata, daripada 405 kes positif itu, sebanyak 242 kes dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia 70 kes, saringan bergejala 48 kes dan 45 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 192 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 35,936 kes. Tambahan dua kes kematian hari ini menjadikan bilangan kumulatif kematian di Sabah meningkat kepada 277 kes.

Setakat ini, sebanyak 38,960 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 2,310 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 668 orang di hospital dan 1,642 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 60 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah adalah 6,494 katil dan peratus penggunaan adalah 35.57 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *