2.5 Juta Permohonan i-Sinar Diluluskan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan dibawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember 2020.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion, telah dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021.

KWSP berkata, pihaknya maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum

diluluskan, berada di dalam kriteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari 2021.

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi (yang memperincikan jumlah

gaji termasuk elaun lebih masa dan komisen) dan / atau penyata bank, untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong

permohonan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat

diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan yang dibuat untuk ahli yang telah meninggal dunia atau ahli telah pun berumur 55 tahun dan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

Katanya, KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan telah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga atau scammers yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli.

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen-dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penipuan dan aktiviti scam,” katanya.

Menurutnya, mengambil kira situasi semasa Covid-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my, dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *