APM Sabah Pantau Dua Daerah Libatkan 23 Kampung Mula Ditenggelami Air

KOTA KINABALU, 6 Jan : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah membuat pemantauan di dua daerah di negeri ini berikutan beberapa kawasan rendah mula ditenggelami air dari sungai berhampiran.

APM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan dua daerah berkenaan ialah Tenom dan Beaufort melibatkan 23 kampung namun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

“Paras air Sungai Padas dan Sungai Pagalan turut dipantau berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu,” menurut kenyataan itu.

APM turut memaklumkan PPS Dewan Mohd Dun Banir Beaufort juga telah dibuka sebagai persiapan untuk menempatkan mangsa banjir di kawasan yang dilanda banjir.

Beberapa jalan di kawasan kampung terlibat juga tidak boleh dilalui kecuali kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Suasa, Kampung Lago dan Jalan Mahkamah. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *