Kalabakan Kembali Zon Merah

KOTA KINABALU: Daerah Kalabakan kembali menjadi zon merah apabila merekodkan lebih 40 kes aktif COVID-19, semalam.

Ia menjadikan 18 zon merah direkodkan di Sabah, setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata tiga kes dicatatkan di Kalabakan semalam.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes.

“Bilangan pesakit COVID-19 dalam unit rawatan rapi ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Masidi berkata, kes tertinggi dalam zon merah direkodkan di Kota Kinabalu dengan 64 kes kemudian diikuti Tawau (47); Lahad Datu (39); Penampang (32); Sipitang (22); Papar (19); Sandakan (16); Putatan (14); Kota Belud (10); Keningau (8); dan Kunak (1).- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *