COVID-19: 2,027 Kes Baharu & 8 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 1, 221 kes sembuh telah dicatatkan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak99,449 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, kes harian baharu pula adalah sebanyak 2,027 kes dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,887 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus).

Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 509 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *