Annuar Musa Dipecat Serta-Merta Sebagai Setiausaha Agung BN, MN

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan memecat Tan Sri Anuar Musa dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) memecat Annuar Musa sebagai setiausaha agung gabungan itu.

Beliau juga digugurkan sebagai wakil UMNO dalam sekretariat MN, sumber memberitahu FMT

Sumber itu memberitahu Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN. Ahmad adalah Setiausaha Agung UMNO ketika ini.

Semalam, Annuar berkata beliau sanggup dipecat dalam memperjuangkan kerjasama antara parti Melayu dan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anuar membuat kenyataan itu selepas Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali mendesak pimpinan tertinggi UMNO memecat Annuar daripada parti itu.

Beliau juga mahukan UMNO meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan Annuar sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Saifullah dan beberapa pemimpin kanan UMNO menyifatkan Annuar lebih sebagai jurucakap PPBM dan bukan membela kepentingan UMNO.

Tuduhan itu dinafikan Annuar namun beliau sering merujuk UMNO sebagai parti yang tidak bertapak pada realiti selepas kalah pada pilihan raya umum lalu. Beliau berkata parti itu harus memperkukuhkan kerjasama dengan PPBM dan PAS.

Namun, ramai pemimpin dan akar umbi UMNO menolak kerjasama dengan – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *