Ahmad Maslan Ganti Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung BN

Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional serta-merta.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta susulan pemecatan Annuar hari ini.

Pengumuman pelantikan Ahmad diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

Ahmad Maslan sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *