Doktor Di Mexico Dikejar Ke Hospital Selepas Disuntik Vaksin Covid-19

Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu. – Gambar hiasan

Seorang pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.

Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor wanita berusia 32 tahun tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.

Kementerian Kesihatan Mexico mendedahkan pada Jumaat malam, diagnosis awal menunjukkan simptom ‘encephalomyelitis’, iaitu keradangan otak dan saraf tunjang.

Kementerian turut memaklumkan, doktor berkenaan mempunyai sejarah alahan dan mendakwa tiada bukti dari ujian klinikal bahawa ada yang mengalami radang otak setelah menggunakan vaksin itu.

Bagaimanapun, pengeluar Pfizer BioNTech belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Setakat 3 Januari, Mexico merekodkan lebih 126,507 kes kematian akibat COVID-19.

Negara tersebut mula mengedarkan vaksin COVID-19 untuk pusingan pertama kepada kakitangan kesihatan pada 24 Disember lalu. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *