Caruman Wajib KWSP Kembali Ke Tarikh Asal Mulai Januari 2021

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh pembayaran caruman wajib kembali ditetapkan setiap 15 hari bulan, mulai Januari 2021 ini.

KWSP dalam kenyataannya berkata, ini selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman yang ditetapkan oleh KWSP.

“Sebelum ini KWSP melanjutkan tarikh bayaran caruman daripada 15 hari bulan kepada 30 hari bulan bagi April hingga Disember tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Langkah KWSP itu bertujuan meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19.

“Tarikh pembayaran caruman dikembalikan kepada tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan,” katanya.

KWSP berkata, majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *