Polis Percaya ‘Jimmy Black’ Berada Di Sabah

KOTA KINABALU, 29 Dis : Polis percaya Hobalan N Vello, 37, atau nama panggilan ‘Jimmy Black’ suspek utama kejadian rusuhan sehingga menyebabkan kematian di Beaufort pada 18 Dis lepas, berada di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazali Ghazali berkata, polis masih giat memburu suspek itu, bagaimanapun tidak mengulas lanjut supaya tidak mengganggu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat, supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Sehingga hari ini lapan orang telah ditahan bagi membantu menjalankan siasatan kes rusuhan itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Kita menyeru Hobalan untuk menyerah diri dan tampil ke hadapan pihak polis,” katanya pada sidang media di sini hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Gantian Kenderaan Pengiring Yang Dipertua Negeri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.

Dalam kejadian rusuhan di sebuah restoran di Beaufort itu, seorang lelaki meninggal dunia selepas parah ditetak menggunakan parang, manakala seorang lagi cedera di kepala disyaki akibat dilibas menggunakan kepala tali pinggang. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *