Tiada Kaitan Politik, Kata Shafie

Gambar Shafie Apdal (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Najib Razak tular di media sosial semalam namun Shafie nafi ia ada kaitan politik. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal menjelaskan gambar beliau makan malam bersama Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak yang tular di media sosial tiada kaitan dengan politik.

Katanya, gambar itu diambil semalam ketika beliau menghadiri majlis tahlil untuk ibu Najib, Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia pada 18 Dis lalu.

“Saya menghadiri majlis tahlil untuk Tun Rahah, tiada kaitan politik mengenai itu (gambar dengan Zahid dan Najib).

“Saya mengenali keluarganya dan mahu memberi penghormatan kepada Tun Rahah,” katanya dalam kenyataan.

Shafie berkata, beliau sebelum ini tidak dapat hadir pada majlis pengebumian Rahah kerana menghadiri sidang DUN Sabah dari 18 hingga 23 Dis.

Katanya, Raja Permaisuri Agong turut hadir pada majlis tahlil itu dan menyertai makan malam selepas sembahyang.

Rahah yang juga isteri kepada perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan majlis tahlil semalam diadakan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *