COVID19: 1,247 Kes Baharu, 3 Kematian Direkodkan Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 kekal empat angka 1,247 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini iaitu 101,565 kes dan mencatatkan tiga kes kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan di Malaysia sebanyak 18,576 kes.

Katanya, daripada jumlah kes hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 461 kes bersamaan 37.0 peratus.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 309 kes (67.0 peratus) adalah daripada kluster- kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Negeri lain yang mencatatkan kes tinggi hari ini ialah Sabah sebanyak 225 kes (18.0 peratus) dan Johor sebanyak 205 kes (16.4 peratus),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 1,441 kes sembuh di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 82,540 kes atau 81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, beliau berkata, tiga kematian disebabkan oleh COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 449 kes atau 0.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, dua kematian dilaporkan di Sabah dan satu di Selangor.

“Kes kematian ke-447 membabitkan lelaki berusia 76 tahun dan mempunyai penyakit Chronic Obstructive Airway Disease dan strok serta meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

“Bagi kematian ke-448, ia membabitkan wanita berusia 64 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung serta meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes kematian ke-449 ia membabitkan lelaki berusia 65 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan gout serta jenazahnya dibawa ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *