PUTRAJAYA, 24 Disember : Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun merupakan antara korban COVID-19 hari ini, lapor Kementerian Kesihatan.
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, remaja yang merupakan kes ke 46,551 itu merupakan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik.
Jenazah mangsa ke-445 kematian COVID-19 itu telah dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Kematian kedua hari ini merupakan warganegara Malaysia berusia 61 tahun. Pesakit lelaki yang merupakan kes ke-97,575 itu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan strok.
Jenazah kes kematian ke-446 itu telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Takziah diucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost