Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Di Sabah Hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 23 Dis : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah pada Jumaat ini sehingga Sabtu.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan hari ini berkata amaran peringkat kuning di Sabah itu melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam, dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di persisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *