Suspek Tetak Bakal Ibu Mentua Di Kota Marudu Tiada Rekod Jenayah Lampau

Mangsa yang maut ditempat kejadian. – Foto Ihsan PDRM

KOTA MARUDU: Polis sedang menjalankan siasatan dan memburu suspek kes tetak sehingga mati di Kampung Kuyuh, Pitas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki berusia 29 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kenderaan Proton Satria berwarna biru yang tular di laman sosial sememangnya kereta milik lelaki terbabit.

“Kita mohon sesiapa yang mengetahui lokasi suspek terbabit supaya memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 malam Sabtu lalu, ibu kepada tunang suspek lelaki berkenaan dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat ditetak.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang berada di rumah turut cedera diserang suspek berusia 29 tahun yang mengamuk selepas dikatakan enggan memutuskan tali pertunangannya.

Mohd Izaan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menyoal siasat berhubung punca kejadian atau sebab tindakan mangsa mahu memutuskan hubungan pertunangan.

“Bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan termasuk mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, semua mangsa juga masih ditempatkan di Hospital Pitas untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. –HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik šŸ‘‰Ā https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *