COVID-19: 2,018 Kes Baharu, Rekod Ketiga Tertinggi Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,018 kes baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikannya jumlah ketiga tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan COVID-19 di negara ini.

Jumlah tertinggi pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 10 Disember lalu, iaitu sebanyak 2,234 kes COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 95,327 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 16,496 kes.

Katanya, daripada jumlah itu terdapat tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara, manakala Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini, iaitu 1,204 kes atau 59.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Daripada jumlah pertambahan kes di Selangor itu, sebanyak 1,115 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan jaringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

“Selain Selangor, Johor turut mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu dengan 278 kes atau 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dan diikuti Sabah, iaitu 247 kes atau 12.2 peratus,” katanya dalam sidang media COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 1,084 kes sembuh dilaporkan bersamaan 82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 78,363 kes. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *