Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Bunuh Diri Di Luyang

Mayat suami isteri yang dipercayai membunuh diri di Luyang dimasukkan ke trak polis untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi menjalani bedah siasat. – Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU: Bau busuk yang dihidu oleh jiran membawa kepada penemuan mayat sepasang suami isteri yang dipercayai mati akibat membunuh diri sejak beberapa hari lalu.

Mayat pasangan suami isteri yang berusia antara 37 dan 46 tahun itu ditemui di kediaman mereka di Taman BPL, Luyang kira-kira 9.10 malam, semalam.

Mayat suami isteri yang dipercayai membunuh diri di Luyang dimasukkan ke trak polis untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi menjalani bedah siasat. – Foto Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, berdasarkan keadaan mangsa, pasangan itu dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Katanya, sebaik menerima maklumat daripada jiran mangsa, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian. Namun, rumah mangsa didapati berkunci.

Hasil bantuan daripada pasukan bomba, pintu rumah mangsa berjaya dipecahkan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kes kematian pasangan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut juga menemui sejenis cecair racun berhampiran pasangan terbabit yang dipercayai diminum oleh mereka,” katanya.

Habibi berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *