Pelajar KV Keningau Bentang Projek Di Persidangan Bahasa Antarabangsa

Siti Nurasidatul Binti Samli (kiri) dan Marylynn Amanda Goiron (kanan)

KENINGAU: Dua pelajar dari Kolej Vokasional Keningau, Marylynn Amanda Goiron dan Siti Nurasidatul Binti Samli, telah membentang projek tahun akhirnya mereka di UHAMKA International Conference on ELT and CALL (UICELL) yang dianjurkan secara maya oleh UHAMKA Graduate School di Jakarta, Indonesia, pada 17-18 Disember 2020.

Tajuk pembentangan dua pelajar ini adalah “Improving Children’s Literacy Through Visual and Letter Matching Activities”.

Ianya merupakan projek yang mereka perlukan siapkan sebelum menamatkan pengajian program pendidikan awal kanak kanak yang mereka ambil sejak tahun 2017 di institut berkenaan.

Terdapat hampir 80 abstrak yang diterima untuk pembentangan di persidangan tersebut.

Projek yang dibentang tersebut merupakan alat bantu mengajar yang mereka namakan “Move & Match” iaitu sejenis peralatan yang terdiri dari dua tiang kecil yang disambungkan dengan beberapa kayu yang boleh dipusingkan.

Sebanyak tiga kotak telah dipasang di setiap kayu tersebut. Setiap permukaan kotak-kotak ini boleh dilekatkan dengan huruf, perkataan serta gambar.

Kota-kotak tersebut boleh dialih dan disusun agar ianya membentuk perkataan yang sejajar dengan gambar yang ditunjukkan.

Tujuan inovasi ini adalah untuk membantu murid murid tadika mengukuhkan kemahiran mengenalpasti huruf, mengeja dan menyebut perkataan dengan betul.

Dua pelajar ini telah mendapat pingat perak di pertandingan inovasi dalam talian anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 8 Disember 2020.

Mereka juga pernah mendapat pengiktiran dari Social Global leaders yang berpusat di UK pada bulan Jun diatas projek komuniti STEM untuk kanak kanak yang mereka laksanakan bersama rakan-rakan sekelas mereka.KV Keningau terkenal dengan penyertaannya dalam program antarabangsa sama ada secara bersemuka ataupun maya.

Para pelajar dan guru di sekolah ini pernah membentang projek mereka di negara-negara di benua Eropah, Asia dan Oceania.

Pengarah KV tersebut, Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian dua pelajar ini kerana ianya membuktikan kemenjadian pelajar sekolah tersebut.

Dia sentiasa menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dengan program program yang mampu menonjolkan kemahiran, bakat dan kreativiti mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *