1,295 Kes Baharu Covid-19, Selangor Jauh Atasi Sabah

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,295 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Selangor melaporkan bilangan kes tertinggi jauh mengatasi Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor melaporkan 481 kes berbanding 286 kes di Sabah. Kuala Lumpur pula melaporkan 232 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes (37.1%). Daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes (74.0%) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan,” katanya.

Daripada keseluruhan kes harian itu, sebanyak 1,285 kes penularan tempatan.

“Sebanyak 57 kes (4.4%) yang dilaporkan pula berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (26 kes), Kluster Tembok (22 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes), dan Kluster Bakti (1 kes).”

Ketika ini, sebanyak 14,751 orang sedang dirawat dengan 113 dimasukkan ke ICU.

Hisham juga melaporkan tujuh kematian iaitu lima di Sabah, dan satu di Selangor dan Kelantan, melibatkan mangsa dalam umur lingkungan 52 hingga 76 tahun.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,052 pesakit pulih.

Bagi negeri lain, Johor melaporkan 105 kes, Pulau Pinang (69), Negeri Sembilan (60), Perak (35), Melaka (14), Pahang (13), Kedah (9), Putrajaya (4), Labuan (3), Kelantan dan Terengganu (1).

Tiada kes dilaporkan di Sarawak dan Perlis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *