KV Keningau Rangkul 2 Emas Dan 4 Perak Di Pertandingan Inovasi Kebangsaan

KENINGAU: KV Keningau yang sentiasa aktif dalam menyertai pelbagai pertandingan dan persidangan dalam dan luar negara telah menghantar enam penyertaan untuk Virtual Expo of Innovation Product and System Design (VIDE) 2020 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Keputusan pertandingan yang diumumkan secara langsung pada 8 Disember 2020 melalui laman sosial Facebook menyenaraikan KV Keningau sebagai pemenang dua pingat emas dan empat pingat perak.

Terdapat lebih seratus penyertaan dari sekolah-sekolah di Malaysia termasuklah kolej vokasional yang masih dikategorikan sebagai sekolah.

Pasukan KV Keningau yang mempertandingkan enam projek telah diwakili oleh 15 pelajar dari empat program vokasional.

Para pelajar ini telah merakam video pembentangan dan menghasilkan poster inovasi bagi setiap projek tersebut. Berikut adalah butiran-butiran penting berkenaan dengan penyertaan tersebut serta pencapaian para pelajar ini.

Pemenang Pingat Emas

1. Tajuk projek: Off the Wheel
Program: Teknologi Kimpalan
Peserta: Steven Lou, Clif Austin, Danny Islafh
VIDEO:

2. Tajuk projek: Scrub to Fab
Program: Kosmetologi
Peserta: Calviana Adeline Tadahogay Martin, Elysca Florey Jackson, Syahirah Nur Ain Rasmet
VIDEO:

Pemenang Pingat Perak

3. Tajuk projek: Canistel Ice Cream
Program: Pembuatan Kek dan Pastri
Peserta: Fa’iqah Afifah Joanes, Nurul Hidayah Mahirin
VIDEO:

4. Tajuk projek: Shoes Dryer
Program: Teknologi Elektrik
Peserta: Eve Cabrini, Ryan Ase, Nurazlin Ramlee
VIDEO:

5. Tajuk projek: Letter Rush
Program: Pendidikan Awal Kanak Kanak
Peserta: Easther Jean Andrew, Eliza Elora Su
VIDEO:

6. Tajuk projek: Move & Match
Program: Pendidikan Awal Kanak Kanak
Peserta: Marylynn Amanda Goiron @ Francis, Siti Nurasidatul Izati Binti Samli
VIDEO:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *