Kluster Bukit Gemuk Di Tawau, 10 Individu Dikesan Positif

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 yang kesemuanya melibatkan tempat kerja di beberapa daerah di Sabah, Kuala Lumpur, Selangor dan Terangganu. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Bukit Gemok melibatkan daerah Tawau di Sabah iaitu kes indeks telah dilaporkan positif pada 5 Dis lepas, hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 71 individu telah disaring dan 10 kes telah dikesan positif,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini situasi COVID-19 di sini.

Dr Noor Hisham berkata kluster kedua ialah Kluster Tapak Bina Cendana melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur.  

“Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula 10 Dis hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan.

“Sehingga hari ini, sejumlah 175 individu telah disaring, dengan 11 kes telah dikesan positif dalam kluster ini yang melibatkan seorang warganegara (dan 10 bukan warganegara),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *