Vaksin Covid-19, Sabah Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

KOTA KINABALU: Sabah mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan semasa berkaitan penggunaan vaksin Covid-19.

Sekiranya kerajaan persekutuan telah menempah lebih 12 juta dos vaksin tersebut, ia pastinya turut meliputi penggunaannya di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berkaitan vaksin itu efektif atau sebaliknya, beliau meletakkan kepercayaan kepada Kementerian Kesihatan.

“Apabila mereka menyatakan ianya efektif dan telah melakukan penilaian yang perlu maka, kita akan gunakannya.

“Bila pengumuman dibuat bahawa negara kita telah menempah dos vaksin, saya mengandaikan sebahagian besar vaksin itu akan diberikan di Sabah,” katanya semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.

Tambahnya, jika ada keperluan untuk Sabah melakukan tempahan dos vaksinsendiri, perkara itu akan difikirkan apabila tiba masanya.

Pada 27 Nov lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin untuk kegunaan rakyat di negara ini.

Katanya, penghantaran pertama membabitkan sejuta dos vaksin akan dilakukan pada suku pertama tahun depan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *