Tan Sri Herman Luping Meninggal Dunia

Herman Luping

KOTA KINABALU: Mantan Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping Meninggal Dunia, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai melalui Facebook miliknya petang tadi.

Mendiang juga merupakan bekas peguam dan ahli politik Sabah.

Beliau pernah menerbitkan beberapa buku termasuk ‘Sabah’s Dilemma’ iaitu buku mengenai sejarah perkembangan politik di Sabah sejak zaman kolonial sehingga kini.

Mendiang juga pernah menulis buku yang memberitahu rakyat Sabah tentang kisah dan lagenda suku kaum Kadazan melalui buku ‘Kadazan Tales & Legends of Penampang District’ serta ‘Pangazou’, kisah yang diadaptasi menjadi filem.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *