COVID-19: 6 Kematian Hari Ini, 5 Di Sabah

Enam kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini membabitkan lima kes di beberapa daerah di Sabah dan satu kes di Pulau Pinang.

PUTRAJAYA: Enam kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini membabitkan lima kes di beberapa daerah di Sabah dan satu kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 402 kes bersamaan 0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-397 membabitkan lelaki berusia 62 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan adrenal insufficiency serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kes ke-398 membabitkan lelaki berusia 65 tahun dan mempunyai penyakit gout serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth. Ia diikuti kes ke-399 iaitu lelaki berusia 61 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan dislipidemia serta meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes ke-400 membabitkan wanita berusia 60 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, penyakit jantung, gout dan Spondylodiscitis serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi kes kematian ke-401, Dr Noor Hisham memaklumkan ia membabitkan wanita berusia 78 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok serta meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

“Kes kematian terakhir yang dilaporkan hari ini iaitu kes ke-402 membabitkan wanita berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit asma, wanita itu meninggal dunia sebelum jenazahnya di bawa ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *