Op Mabuk: 5 Pemandu Ditahan Di Jalan Bundusan

Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, Penampang. Gambar Ihsan IPD Penampang

PENAMPANG: Lima individu ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, di sini, malam tadi.

Operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah bermula jam 10 malam hingga 2 pagi.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan pernafasan ke atas pemandu dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, Penampang. Gambar Ihsan IPD Penampang

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebanyak 60 kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan itu didapati lima individu berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kelima-lima individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1887 iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

“Polis turut mengeluarkan 12 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, mengubahsuai kenderaan dan lesen memandu tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, operasi ini dilakukan antaranya membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan orang lain. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *