Bantuan ‘One Off’ RM4,000 Kepada 503 Agensi Pelancongan Di Sabah

Datuk Jafry Ariffin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri setuju memberikan bantuan secara one-off (sekali bayar) berjumlah RM4,000 kepada 503 agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, bantuan itu akan diberikan kepada agensi berdaftar dengan kementerian dan ia melibatkan peruntukan bernilai lebih RM2 juta.

Beliau berkata, bantuan one-off itu adalah sebahagian daripada peruntukan Sabah New Deal untuk aktiviti Pusat Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE), manakala sebahagian lagi adalah peruntukan sedia ada di bawah kementerian tersebut.

Jafry berkata, bantuan ini akan diberikan secara berperingkat bermula minggu hadapan dan ia merupakan penghargaan kerajaan atas sumbangan agensi-agensi pelancongan selama ini.

Menurutnya, sebelum ini beberapa perjumpaan dengan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan telah diadakan untuk mendengar pemasalahan yang mereka hadapi.

Katanya, adalah diharap agar bantuan khas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada semua pengusaha untuk kembali mengaktifkan semula perniagaan masing-masing. Ini susukan kebenaran kerajaan untuk membuka semula sektor pelancongan di Sabah.

Bagaimanapun, beliau menyeru kepada semua pengusaha agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan pelancong kembali meningkat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *