COVID-19: 1,012 Kes Baharu Dicatat Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,012 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 75,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 10,862 kes.

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu sebanyak 417 kes atau 41.2 peratus, diikuti Sabah 271 kes (26.8 peratus) dan Johor sebanyak 108 kes (10.7 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 44 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster dalam penjara iaitu Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 1,750 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 64,056 kes bersamaan 85.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *