PKPD Kampung Sabah Baru Tamat Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, ditamatkan hari ini mengikut jadual.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan menjalankan 2,054 ujian saringan dan sebanyak 382 kes kumulatif positif COVID-19 direkodkan di lokaliti itu, setakat ini.

“Kementerian Kesihatan turut mengesahkan semua sampel saringan sudah diperoleh dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokasi terbabit pada 7 Disember seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *