COVID-19: Sabah Catat 2 Lagi Kematian Hari Ini

gambar hiasan

PUTRAJAYA: Dua lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan masing-masing satu di Semporna dan Kota Kinabalu di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif 384 kes kematian direkodkan negara berkaitan COVID-19 setakat ini.

“Kes kematian ke-383 membabitkan seorang wanita warganegara berusia 76 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan anemia serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth.

“Bagi kes kematian ke-384 pula, ia membabitkan lelaki warganegara berusia 59 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Semporna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mereka. –BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *