Restoran Di Sabah Boleh Beroperasi Hingga 12 Malam

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk melanjutkan waktu operasi restoran atau kedai makan sehingga 12 malam berkuat kuasa esok (5 Dis).

Bagaimanapun, lanjutan ini masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang telah ditetapkan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan melaksana saringan komuniti secara meluas di kawasan yang dikenal pasti mempunyai jangkitan kes Covid-19.

Katanya dalam tempoh beberapa hari ini, keputusan dari saringan komuniti ini akan menyumbang kepada bilangan kes yang tinggi di Sabah.

Namun, ia bergantung kepada keputusan ujian saringan.

“Seperti kes di Kampung Numbak dan Taman Telipok Ria, kita menjangka kes meningkat tetapi ianya tidak berlaku. Orang yang dijangkiti kurang daripada jangkaan kita. Jumlah individu yang disaring kurang dari yang disangka,” katanya.

Bagaimanapun ketika ini JKNS akan terus memperluaskan saringan komuniti. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *