2 Anggota PGA Hilang Ditemui Maut

Gambar Hiasan

MIRI : Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan rondaan di hulu Baram, malam tadi ditemui meninggal dunia hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian mereka.

“Kedua-duanya telah dijumpai dan meningggal dunia dan dihantar ke Hospital Miri,” katanya ringkas dalam maklumbalas menerusi aplikasi Whatsapp, sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *