PKPD Tawau, Sandakan Dan Kota Belud Tamat

Ketua Polis Sandakan yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin (kanan) memerhatikan petugas Pejabat Kesihatan Sandakan mengambil sampel dari hidung seorang penunggang motosikal pada sekatan jalan raya sewaktu meninjau Operasi Pematuhan SOP PKPB di Jalan Leila, Sandakan semalam. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 3 kawasan di Sabah ditamatkan bermula esok.

Ia membabitkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau; Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira di Sandakan dan Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, PTS Tawau dikenakan PKPD pada 6 November dan merekodkan 774 kes kumulatif positif COVID-19.

Bagi Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira mencatatkan 799 jumlah kes kumulatif positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini.

Beliau berkata selain itu kerajaan turut menamatkan PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud bermula esok.

KKM sudah melaksanakan 1,793 saringan dan sebanyak 66 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti-lokaliti ini.

“Sehingga kini KKM turut mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan yang masih belum mendapat keputusan dan atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh KKM dalam mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak selama tujuh hari lagi bermula 4 Disember sehingga 10 Disember ini,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *