PKPB: Operasi JPN Di Zon Tawau, UTC Keningau

TAWAU : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi Zon Tawau akan beroperasi mulai 8 pagi sehingga 1 tengah hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata operasi dari Isnin hingga Jumaat itu membabitkan JPN Semporna, JPN Kunak, JPN Lahad Datu, JPN cawangan Tungku serta JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau.

“Hal ini mengambil kira perkembangan dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain Tawau, menurutnya JPN UTC Keningau akan beroperasi setiap Selasa hingga Jumaat pada 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Pelanggan dinasihati menangguhkan urusan di JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir sekiranya tiada urusan kecemasan.

Khairrul Aminus berkata maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my atau Facebook Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Di samping, pelanggan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Sabah di talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *