Delegasi KV Keningau Bentang 6 Projek STEM di Persidangan Antarabangsa Secara Maya

Syabas diucapkan kepada delegasi Kolej Vokasional Keningau yang terdiri dari tiga guru dan lima pelajar yang berjaya terpilih untuk menbentang projek mereka di International Joint Conference on STEM Education 2020 yang dianjurkan secara maya oleh persatuan Asia Tenggara, SEAMEO yang berpusat di Indonesia pada 18-19 November 2020.

Delegasi ini telah membentang enam kajian dan inovasi yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran dalam bidang STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang merupakan tema persidangan tersebut.

Guru guru tersebut adalah dari bidang matematik, sains dan subjek vokasional iaitu pembuatan kek dan pastri. Manakala lima pelajar yang membentang adalah dari program pendidikan awal kanak kanak.

Kejayaan KV Keningau yang konsisten dalam pembentangan dalam talian sejak permulaan pandemik ini membuktikan betapa pentingnya bagi sesuatu institusi pendidikan untuk berubah bersesuaian dengan sebarang cabaran dan kekangan yang dihadapi.

Para pelajar dan guru KV Keningau telah membentang secara maya di persidangan di Jerman, Perancis, Belanda, Hungari, Britain, Australia, Jepun dan Indonesia sejak Mei 2020.

Berikut adalah senarai tajuk, nama pembentang dan pautan video pembentangan delegasi KV Keningau.

  1. Wheel of Life: Teaching Science Through an Adapted Version of Spin the Wheel Game: https://youtu.be/BDaJ_yQivKQ
    Nama Pembentang (Pelajar):
    (a) Elesta Sawadi @ Sawadeh
    (b) Denciscka Ellyvia Sidin
  2. Counting Cube: Teaching Preschool Children on Basic Numeracy Using A Specially Modified Dice Game: https://youtu.be/JR2leiS1Y00
    Nama Pembentang (Pelajar):
    (a) Erynna Syeffera Lucas
    (b) Werollisa Elna Wilber
  3. Developing Materials and Methods to Promote THAMES (Technology, Hands-on, Arts, Mathematics, Engineering, Science) Learning School Students: https://youtu.be/HTa4ns9tmXU
    Nama Pembentang (guru)
    (a) PJ Ape Angat
  4. Illustrating the Abstractness of Quadratic Equation Through Tangible Balance Scale: https://youtu.be/roxes-Ui4UY
    Nama Pembentang (guru):
    (a) Haidil Sainal
  5. Improving Measurement Skills Through a Specially Developed Technique Known as “Smart Measurement”: https://youtu.be/6dZ8x9exJeI
    Nama Pembentang (Guru)
    (a) Rapiah Mohamad Yusof
  6. Play & Slay: Understanding Students’ Level of Engagement, Creativity and Social-Personal Competencies Through Their Reactions and Perceptions When Playing Casual Video Games: https://youtu.be/3ijLRTUn3ck
    Nama Pembentang (Pelajar)
    (a) Deyon Andua @ Anddy

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *