AirSial Mula Operasi Tengah Bulan Ini

Syarikat penerbangan AirSial akan memulakan operasi pada pertengahan bulan ini. – Shajie Hussain/Plane Spotters Pakistan

KARACHI, Pakistan : Syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula beroperasi pertengahan bulan ini.

Menurut laporan portal Profit, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 telah  tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.

Kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.

Syarikat AerCap adalah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland.

Meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik status di Twitter bagi meluahkan rasa bangganya.

“Akhirnya pesawat AirSial A320 yang dinanti-nanti telah tiba, ini waktu yang membanggakan buat semua orang di bandar Sialkot yang turut bekerja keras sepanjang proses ini,” katanya. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *