MP Tawau Tak Sertai Undi Belah Bahagi Kerana Di Sabah Atas Urusan Keluarga

Christina Liew antara ahli Parlimen pembangkang dari Sabah yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi dijalankan untuk meluluskan peruntukan buat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan semalam.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew antara wakil rakyat yang tiada di Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi untuk meluluskan peruntukan 2 kementerian semalam kerana beliau berada di Sabah atas urusan keluarga.

Katanya, seorang ahli keluarganya di Kota Kinabalu perlu menjalani pembedahan kerana mengalami masalah kesihatan.

“Saya berada di Kuala Lumpur selama 3 minggu. Dua minggu menjalani kuarantin dan menghadiri sidang Parlimen selama seminggu.

“Khamis lalu adalah kali terakhir saya menghadiri sidang Parlimen sebelum terpaksa kembali ke Kota Kinabalu untuk beberapa hari kerana urusan keluarga. Saya akan kembali lagi (ke Kuala Lumpur) minggu depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketua PKR Sabah itu antara ahli Parlimen pembangkang dari Sabah yang tiada dalam Dewan Rakyat semalam ketika undian belah bahagi dijalankan untuk meluluskan peruntukan 2 kementerian.

Semalam, pembangkang gagal dalam 2 undian belah bahagi untuk menolak peruntukan Belanjawan 2021 buat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan selepas dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Peruntukan untuk JPM diluluskan dengan 105 menyokong, 95 tidak setuju dan 20 ahli Parlimen tidak hadir, manakala 107 menyokong, 95 tidak setuju serta 18 orang tidak hadir ketika undian belah bahagi diadakan untuk peruntukan Kementerian Kewangan.

JPM diperuntukkan RM11.69 bilion, iaitu RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Kementerian Kewangan pula mendapat peruntukan RM35.1 bilion, iaitu RM20.8 bili – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *