Sabah Buka Pusat Kuarantin Baru Di PTS Sandakan

Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) baharu berkapasiti 500 katil dibuka hari ini di Pusat Tahanan Sementara Sandakan yang menempatkan pendatang tanpa izin. – Bernama

KOTA KINABALU : Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) baharu berkapasiti 500 katil dibuka hari ini di Pusat Tahanan Sementara Sandakan yang menempatkan pendatang tanpa izin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dengan pembukaan PKRC baharu untuk membendung penularan COVID-19 itu, PKRC seluruh Sabah kini mempunyai 6,097 katil.

“Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,007 unit menjadikan keseluruhan 7,104 katil di PKRC dan hospital dan hanya 31.7 peratus daripada jumlah katil itu digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 negeri ini.

“Sandakan merekodkan 74 kes baharu daripada keseluruhan 290 kes baharu Sabah hari ini, yang mana ini kedua tertinggi di belakang Kota Kinabalu yang mencatat 90 kes baharu hari ini,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19 dalam kalangan penduduk Sandakan adalah pada kadar 98 peratus iaitu ke-12 daripada 19 daerah di Sabah dengan tiga daerah mempunyai pematuhan tertinggi 99 peratus iaitu Kinabatangan, Sipitang dan Kota Belud. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *