PKPD Di Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sandakan Rabu ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Sibuga di Sandakan, Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 15 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan 324 ujian saringan dan 104 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan kakitangan serta tahanan di lokaliti berkenaan.

“Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM, sidang khas hari ni setuju untuk melaksanakan PKPD di pusat tahanan berkenaan selama 14 hari.

“PKPD ini akan membabitkan 1,209 individu yang terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

“Pelaksanaan PKPD itu bagi membolehkan KKM menjalankan ujian saringan secara bersasar kepada semua tahanan dan kakitangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *