COVID-19: Sabah Catat 1 Kematian, Kes Positif Meningkat Kepada 326

KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 di Sabah kembali meningkat kepada 326 kes, hanya selepas sehari ianya menurun semalam.

Semalam, sebanyak 290 kes positif yang dilaporkan di Sabah dan ia meningkat 36 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak satu lagi kematian dilaporkan di Hospital Lahad Datu.

Untuk hari ini, daripada 326 kes dilaporkan, 153 kes atau 46.93 peratus adalah daripada saringan kontak rapat. Manakala, 101 kes daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 28 kes, saringan komuniti 17 kes dan 27 kes dari lain-lain kategori.

Beliau berkata, Sandakan mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 91 kes, diikuti dengan Kota Kinabalu dengan 68 kes.

Manakala, Tuaran (35), Lahad Datu (34), Tawau (33), Kota Belud (19), Putatan (13), Penampang (11), Kudat (7), Papar (6), Pitas (5), Semporna (2) serta masing-masing satu kes di Keningau dan Kinabatangan.

Dengan tambahan satu kematian hari ini, ia menjadikan bilangan kumulatif kes kematian di Sabah adalah sebanyak 209 kes.

Sementara, sebanyak 459 kes sembuh dilaporkan, dengan bilangan kumulatif kes sebanyak 25,567 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,771 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 2,214 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 638 orang di hospital dan 1,576 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 61 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat tambahan PKRC baharu di PKRC Seri Bayu, Kota Belud dengan 59 katil.

Sehingga kini, bilangan kapasiti katil di Sabah adalah 7,136 katil dengan peratusan penggunaan sebanyak 30.91 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *