1,212 Kes Baharu Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Seramai 2,112 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya, sekali lagi mengatasi angka jangkitan baharu membabitkan 1,212 kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 65,697 dengan 10,578 kes aktif.

Beliau berkata, sembilan kes import dilaporkan, manakala baki 1,203 jangkitan lagi membabitkan penularan dalam negara.

“Selangor menyumbang angka harian tertinggi iaitu 402 kes diikuti Sabah 326 kes dan Negeri Sembilan, 141 kes.

“Dalam pada itu, tiga kematian baharu direkodkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya 360 kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, setakat ini, seramai 54,759 pesakit daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia, pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, 113 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *