Polis Dikecam Tempatkan Pondan Di Penjara Lelaki

Millen Cyrus

JAKARTA: Kumpulan hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki.

Personaliti media sosial, Millen Cyrus, 21, yang mempunyai lebih sejuta pengikut, sebelum itu ditahan bersama-sama dengan seorang rakan lelaki pada hujung minggu, lalu, kerana disyaki memiliki dadah di sini,

Cyrus memberitahu media pada minggu ini bahawa dia berharap supaya dipindahkan dari penjara lelaki.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa Cyrus diletak di sel bersendirian berdasarkan keterangan jantina pada kad pengenalan diri yang menyatakan dia adalah lelaki.

“Status jantina di dalam kad pengenalan suspek, adalah lelaki,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.

“Bagaimanapun, mengambil kira faktor lain (pihak berkuasa memutuskan) untuk meletakkannya di dalam sel berasingan dan secara bersendirian,” katanya.

Dua tahun lalu, polis di Aceh menjadi tajuk utama berita apabila memalukan sejumlah transgender wanita apabila membotakkan kepala mereka dan memaksa kumpulan itu bercakap dengan suara garau. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *