Covid-19: 441 Kes Baharu & Satu Kematian Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 441 kes positif baharu Covid-19 dan satu kluster baharu, iaitu kluster Jalan Tuaran, di sini hari ini.

Untuk kluster Jalan Tuaran, 43 kes positif telah dikesan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes di Sabah ini meningkat sebanyak 115 kes berbanding kes semalam (326).

Hari ini, satu kematian dilaporkan di Sabah dan satu di Labuan. Kematian di Sabah membabitkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 47 tahun di Hospital Semporna. Pesakit ini mempunyai penyakit jantung.

Dengan itu, kes kematian yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 350 kes, sementara kes kematian di Sabah menjadi 203 kes.

Secara keseluruhan empat kluster baharu dilaporkan termasuk satu kluster di Sabah. Kluster lain adalah kluster Jalan Haruan, Negeri Sembilan dengan 118 kes positif; kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kuala Lumpur dengan 139 kes; dan kluster Beringin, Pulau Pinang dengan 37 kes.

Hari ini, daripada 1,109 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara, 1,099 kes adalah jangkitan tempatan manakala, 10 kes import.

Bilangan kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,148 kes. Dengan itu, bilangan kumulatif kes adalah sebanyak 50,204.

Tambahan kes baharu hari ini menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 61,861 kes. Sebanyak 11,307 kes aktif dengan 113 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 41 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *