Belanjawan 2021 Lulus Mencerminkan Kematangan Berfikir Demi Rakyat: Bung

Bung Moktar

KOTA KINABALU: Keputusan majoriti Ahli Parlimen menyokong kelulusan Bajet 2021 di peringkat dasar bajet pertama dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan kematangan berfikir Ahli Parlimen dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan politik.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, dengan beberapa penambahbaikan sebagaimana yang dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini, membuktikan kerajaan cakna terhadap bebananan yang dihadapi oleh rakyat yang berhadapan dengan kemelut ekonomi ekoran penularan koronavirus Covid-19.

Bung (tengah) bersama pegawai-pegawainya bersedia ke Dewan Rakyat untuk menyokong Belanjawan 2021.

“ Alhmadulillah majoriti Ahli Parlimen telah meletakkan kepentingan rakyat dengan memberikan sokongan membolehkan  Bajet 2021 ini di peringkat dasar  diluluskan bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan,” katannya ketika dihubungi dan diminta mengulas keputusan kelulusan Bajet 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

RUU diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada jam 3.28 petang khamis lepas.

Mengulas lanjut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata beberapa aspek utama diberikan perhatian oleh kerajaan dalam Bajet 2021 ini iaitu bantuan yang menambah aliran tunai rakyat dan perniagaan, bantuan kewangan langsung dan mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kadar penggangguran.

Menurut Bung Program I-Sinar yang dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.00 membolehkan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja dan menyara kehidupan keluarga .

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan yang memperutukan RM50 juta  dana tambahan bagi memerangi Covid-19 di Sabah.

Katanya, Sabah adalah negeri yang amat terkesan dengan penularan koronavirus Covid-19, dengan adanya peruntukan tambahan ini ianya boleh dimanfaatkan untuk memertingkatkan kemudahan kesihatan yang sedia ada bagi membendung penularan virus ini.

“ Selain pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup, Belanjawan 2021 amat penting bagi kerajaan dan pihak berkuasa khususna petugas barisan hadapan meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membeundung ancaman wabak Covid-19,”   tambah Bung. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *