COVID-19: 2,555 Kes Pulih, 935 Kes Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes pulih melebihi kes baharu dicatatkan dua hari berturut-turut dengan 2,555 kes pulih berbanding 935 kes baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes pulih itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 49,056 kes bersamaan 80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, dengan peningkatan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 60,752 kes.

“Daripada jumlah kes baharu ini, hanya empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan. Manakala bagi kes penularan tempatan, Sabah mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 326 kes baharu atau 34.9 peratus daripada jumlah kes hari ini.

“Ia diikuti oleh Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *