Sabah Benarkan 40 Jemaah Solat Jumaat, 30 Jemaah Bagi Solat Fardu

KOTA KINABALU: Semua masjid dan surau dalam zon merah dan jingga COVID-19 di Sabah dibolehkan beroperasi dengan kehadiran sehingga 40 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat bermula lusa.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar dalam satu kenyataan, berkata kebenaran itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Disember depan selaras kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

“Bagi solat fardu lima waktu, masjid dan surau di kawasan itu dibenar mengadakan solat berjemaah yang dihadiri sehingga 30 orang bermula hari ini,” katanya.

Dua minggu lalu, masjid dan surau dalam zon merah dan jingga hanya dibenarkan mengadakan solat berjemaah dengan kehadiran tiga orang selepas sebulan larangan aktiviti ibadat di masjid dan surau berikutan PKPB.

Bongsu berkata, mulai esok juga, semua masjid dan surau dalam zon kuning serta hijau dibenarkan beroperasi dengan kehadiran satu pertiga daripada kapasiti ruang ibadat bagi solat Jumaat, manakala sehingga 40 orang bagi solat fardu lima waktu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *