COVID-19: 2,384 Kes Sembuh, 970 Kes Positif Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini mencatatkan jumlah kes sembuh melebihi kes baharu dengan 2,348 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 46,501 kes bersamaan 77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes baharu, sebanyak 970 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu, Negeri Sembilan mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes bersamaan 32.8 peratus.

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 59,817 dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan iaitu 12, 971 kes.

Dr Noor Hisham berkata, dua negeri lain turut mencatatkan kes tinggi iaitu Sabah dengan pertambahan kes sebanyak 293 kes atau 30.2 peratus diikuti Selangor iaitu 115 kes bersamaan 11.9 peratus.

“Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes (94.7 peratus),” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *