Covid-19: 2,188 Kes Baharu Hari Ini, Paling Tinggi Pernah Direkodkan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,188 kes baharu positif COVID-19 setakat tengah hari tadi, jumlah harian tertinggi dilaporkan di negara ini dengan kesemuanya membabitkan jangkitan tempatan.

Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 1,623 kes atau 74.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan itu, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,353 kes.

Beliau berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 232 kes atau 10.6 peratus daripada keseluruhan kes dan Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus).

“Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes atau 93.1 peratus.

“Seperti yang dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan digerakkan ke kawasan yang terbabit bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 107 kes (4.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103), Kluster Penjara Seberang Perai (dua) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Penjara Sandakan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *