Satu Parah, Dua Cedera Kereta 4×4 Terbabas

Kereta pacuan empat dinaiki mangsa terbabas.

BELURAN: Seorang cedera parah, dua lagi cedera ringan selepas sebuah kereta pacuan empat roda terbabas di Kilometer 11 Jalan Telupid-Beluran, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa berumur 39 tahun iaitu pemandu dan dua penumpang iaitu 50 dan 47 tahun sedang dalam perjalanan daripada Beaufort menuju ke Lahad Datu.

“Dalam kejadian jam 1.28 petang itu, kereta pacuan empat roda yang dinaiki ketika mangsa telah terbabas sendiri semasa melalui laluan kawasan selekoh,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pacuan empat roda tersebut tiba di Kilometer 11 Jalan Telupid – Beluran hilang kawalan  dan terbabas di kiri jalan laluan selekoh.

“Kenderaan dinaiki mangsa telah berpusing dan terbalik beberapa kali. Semasa kejadian cuaca cerah namun hujan renyai-renyai mengakibatkan permukaan jalan licin,” katanya.

Kasim berkata pemandu dan penumpang hadapan telah mengalami cedera ringan, namun penumpang belakang telah mengalami cedera parah akibat daripada kemalangan ini.

“Mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *