(VIDEO) ‘Menyesal Aku Bina Rumah Di Tanah Mertua’

Tular di laman TikTok seorang wanita meluahkan rasa kesalnya membina rumah di tanah milik mertuanya. Video itu menjelaskan, suami kepada wanita berkenaan mendapat harta warisan yang berupakan tanah dari orang tuanya. 

Pasangan itu kemudian mula mengumpul wang untuk membina sebuah rumah di atas tanah tersebut. Semua perancangan mereka berjalan dengan lancar dan akhirnya mereka berjaya membangunkan sebuah rumah yang besar di tanah itu. 

Namun sejak kebelakangan ini, wanita itu sering bertengkar dengan mertuanya sehingga mengungkit semula tanah warisan yang diberikan kepada si suami.

Selang beberapa bulan kemudian, pasangan itu nekad menjual rumah tersebut membuatkan mertuanya menyesal dan sedih kerana rumah sudah dibangunkan di atas tanah itu. 

Mertua tidak membenarkan mereka menjual rumah itu, biarpun tahu rumah itu dibina dengan hasil titik peluh oleh anak dan menantunya. Mertua tetap melarang mereka menjual rumah itu dan akhirnya mereka akur sahaja. 

@31783408529

jangan sampai terjadi lagi buat kita para wanita ..lbih baik kecil hasil bersama suami..daripada dapat warisan…

♬ original sound – #stalking pekalongan – stalking pekalongan

“Cukup, aku yang terlalu bodoh. Percaya bina rumah di atas tanah mertua. Hanya kerana satu kesalahan, seribu kebaikan terus dilupakan. 

“Segala titik peluh keringat dikerahkan untuk membina rumah ini. Bila hendak dijual, semua menghalang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Amiin. Jangan sampai perkara ini berlaku pada kita wahai kaum wanita.” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *